Ketua Menteri Melaka mendakwa terdapat 1,594 pengundi dalam daftar pemilih diMerlimau tidak dapat dikesan dialamat kediaman mereka. Ia merupakan penemuan yang dibuat oleh kajian sikap wanita UMNO. Mereka didapati tidak tinggal dialamat itu. Kajian sikap MCA, MIC dan Gerakan macam mana?.
Jika mereka itu didaftarkan dikawasan perkampungan ia tidak masalah kerana banyak pihak boleh dirujuk. Jika didaftarkan dikawasan bandar, ia sukar dirujuk melainkan tuan rumah itu sahaja yang boleh memberikan pengesahan.
Pengundi yang tidak dapat dikesan mencapai angka itu adalah perkara biasa, bagi sesuatu kawasan pilihan raya. Malah sesetengah tempat angkanya lebih besar. Mereka boleh jadi telah berhijrah kelain-lain tempat , kematian yang tidak dilapurkan, para pekerja yang bertukar kedaerah lain, dan sebagainya.
Pengundi yang tidak dapat dikesan ini, boleh mencapai hingga 25 peratus dari jumlah pengundi setempat. Sebab itu kadar keluar mengundi itu jarang terdengar mencapai 85 peratus keatas keluar mengundi. Senarai ada, tetapi orangnya tidak ada.
Bagaimana pun 1594 undi itu , merupakan senarai terbaru. Ia boleh disemak dan membuat perbandingan dengan senarai 2008, adakah nama-nama itu disenaraikan. Jika sebahagian besar nama-nama itu terdapat dalam senarai 2008 bermakna bukan satu kejutan.
Apa yang dibimbangkan adalah, 1594 itu didaftarkan secara mendadak dalam tempuh sebulan kebelakangan ini. Jika senarai mereka itu bukan penduduk disekitar daerah mengundi itu bermakna ada masalah. Ia boleh didiskraibkan sebagai sebagai ‘pengundi hantu’ yang sentiasa dinyanyikan parti pembangkang.
Tumpuan Datuk Mohd Ali Rustam dalam mengemaskinikan senarai pemilih adalah tindakan berstrategi dalam mencapai gol sebenar. Tidak berguna, menyiapkan jentera, bilik gerakan, 300 ceramah, poster dan berbagai lagi jika senarai pengundi dalam keadaan samar.
Parti pembangkang akan berhabis-habisan kali ini untuk menang dengan apa cara sekali pun kerana mereka sudah tidak tahan setiap PRK kebelakangan ini mengalami kekalah teruk ditangan BN. Kali ini kalau BN menang lagi, mereka cukup kecewa. Silap-silap putus asa.
PRK Merlimau, dijangka lebih sengit persaingan jentera berbanding dengan Tenang dan Galas, kerana ramai akan melancung sambil berkempen. Digalas dan Tenang ada kesukaran tempat pengginapan dan makan minum. Di Melaka, semua itu terbuka luas. Merlimau akan bertempur kepelbagaian budaya kempen jangan sampai Portugis datang menawan Melaka buat kali kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan