November 24, 2010

PKR SEBUAH PARTI SOSIALIS






Bekas Pengasas Exco Pemuda Pusat PKR dan Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar kata PKR bersifat SOSIALIS kerana asas perjuangan yang dilaungkan oleh PKR iaitu adil, saksama dan sama rata hanya omongan kosong.
"Sebab itu mereka bergabung dengan Parti Sosialis Malaysia ( PSM). Orang sosialis tidak akan meninggalkan prinsip perjuangan mereka yang bertentangan dengan Perlembgaan negara. Mereka menang dalam PRU 12 dahulu kerana persepsi dan fitnah" ( UMal Nov22,2010:4).

CATATAN PINGGIR
Antara sosialisme dan Komunisme tidak ada perbezaan pokok.  Satu pokok dari guru kedua fahaman itu adalah Karl Marx (1818- 1883). Tujuan utama penganjur sosialime adalah untuk menegakan Kerajaan diktator oleh sosialis ( sosialis adalah orang yang berfaham sosialisme).
Dalam 'Communist Manifesto'  Marx menyatakan bahawa revolusi proletariat mengasaskan pemerintahan diktator pekerja-pekerja sosialis. Untuk  KEJAYAAN ini tiga perkara diperlukan :
1.     Menghapuskan semua hakmilik persendirian
2.     Menghapuskan unit keluarga.
3.     Menghapuskan segala agama.
Mengikut fahaman sosialisme (Marx- manusia adalah sejenis haiwan) tiada keistimewaan baginya. Manusia tidak ada roh melainkan jasad. Tidak ada pencipta  alam. Penciptanya adalah kuasa tabii iaitu evolusi yang memakan jutaan tahun dan tuhan menjelma dalam semua benda.
Cuba kita lihat sesuatu yang mirip disesuaikan dengan keadaan untuk kita renungkan:
1.    Perkataan Allah Tuhan umat Islam dibenarkan dipakai oleh agama-agama lain.
2.    Ahli-ahli dalam satu parti politik seakan-akan tidak dibenarkan akrab antara    satu sama lain dan amalan pecah-pecah dan perintah.
3.     Tidak menghargai potensi manusia lain
4.     Tidak boleh nampak kaliber, popular dari diktator nescaya akan dibelasah ( ada kaitan atau tidak dengan amaran Senator Ezam kepada TS Khalid MB Selangor ?).
5.     Suara-suara yang bercanggah dengan ideology cepat-cepat dimatikan
6.     Tidak ada konsep liberal dan serdahana dalam organisasi. Hanya penguasa sahaja berhak menentukan corak pemikiran.
7.     Kepimpinan hanya ditunjuk oleh diktator. Proses demokrasi itu hanya formality dari sistem negara.  Jika negara ini dibawah penguasa lebih cenderung kepada ala junta tentera di Myammar. Pilihan raya itu hanya kulit, untuk diiktiraf oleh dunia luar.
8.     Milik Melayu di Bahagian Timur laut  Pulau Pinang hanya ada 1.16 persen. Ia cuba dikecilkan lagi menjadi sifar ( lihat dedahan Dr.Azeem Fazwan Ahmad Faruk  Utusan hari ini 22/11/10).
9.     Sila tambah senarai ini dan kaitkan dengan organisasi berkenaan serta tokoh-tokoh penguasanya. Saya percaya saudara-saudari akan bertemu apa yang dikatakan komunisma dan sosialisma itu. Dalam senarai pendek diatas kita pun sudah jelas.
Jika rakyat Malaysia ingin meneruskan kebebasan bersuara, memilih, dan bergerak maka fahaman sosialis mesti ditolak dengan keras sekarang sebelum terlewat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan