Utusan Malaysia buat tinjauan masalah bekalan kelapa tidak cukup diPulau Pinang sudah merebak hingga ke Lembah Klang. Ramai peniaga kelapa tutup kedai dan hentikan operasi. Kurang stok kelapa terasa bermula sejak bulan ramadhan yang lalu. Harga kelapa parut sekarang RM 4.00 dan santan RM 6.00 perkilo.
Peniaga kelapa kata jika berterusan begini tidak ada jalan lain harga kelapa terpaksa dinaikan. Sekarang orang terpaksa berbaris membeli kelapa parut atau santan. Ada peniaga kelapa tidak jual kepada orang ramai lagi selain dari pelanggan tetap mereka.
CATATAN PINGGIR
Tidak terfikir oleh kita kelapa merosot bekalannya. Ia boleh jadi gempar satu negara. Kita fikir ia tidak sepenting barangan perlu lain seperti beras, gula, gandum, minayk dan sebagainya. Rupanya penting juga.
Pasti lepas ini kelapa naik harga. Peniaga pun naik harga makanan. Jika dulu tidak ada duit oder nasi dengan kuah, bayar nasi sahaja sekarang kuah pun kira. Tiada percuma lagi kuah dan air suam. Semua ada harga.
Kemana perginya buah kelapa?. Menteri jaga kelapa kena jawab diParlimen dan dimedia. Menteri mana? DS Noh Omar dan DS Ismail Sabri. Kelapa pula jadi pusing.
Kenapa kelapa tidak berbuah kah ?. Bukan tidak berbuah, pokoknya telah banyak ditumbangkan. Menaga ditumbangkan?. Tinggi sangat kah?. Betul, pertama, pokok sudah tinggi kedua harga tanah jadi tinggi kerana tanah kawasan pantai atau tepi laut.
Apa jadi dengan pantai?. Pantai sudah bertukar wajah, dulu kebun kelapa sekarang hotel,resort, motel dan pusat peranginan dan hiburan. Dulu RM5,000 seekar orang kata mahal sekarang sejuta seekar orang kata murah.
Habis apa sudahnya? DS Noh Omar sibuk jaga negeri Selangor tidak ada masa jaga kelapa !. DS Ismail Sabri?. Kelapa tidak ada, macam mana boleh tetap harga kah..kah..kah..
DS Noh Omar kata lagi PM Najib akan tanya setiap minggu pada hari Rabu bukan soalan tentang kelapa tetapi soalan tentang 'kepala' di Selangor. Aaahak..hak..hak..
Kepala?. Ya lah...apa perubahan kepala rakyat Selangor !. Berapa ramai kepala bertambah !!. Kah..kah..kah..
Kelapa macam mana?. Malaysia kempen buang lemak, masakan pula DS Noh ' kempen banyak lemak' aahak..hak..hak..
Kepala atau kelapa ?.
Takde Kepala jaga Kelapa keh keh keh..
BalasPadamdah link, terima kasih sudi link blog saya!